Borang

Membina Borang Dengan Mudah

BORANG adalah satu solusi lengkap yang dibina untuk membantu organisasi kerajaan menyediakan perkhidmatan dalam talian berpaksikan rakyat dengan mudah, murah dan cepat. BORANG membolehkan penjawat awam menghasilkan sistem yang lengkap dengan borang-borang, proses-proses kerja, laporan data dan penyediaan surat dengan mudah tanpa pengetahuan teknikal.

BORANG dibina khas untuk memenuhi keperluan organisasi kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan atas talian. Ia merupakan solusi Kerajaan-sebagai-Platform (Government-as-a-Service) yang pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara. BORANG telah digunakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti KWSP, JKR dan TERAJU untuk membina pelbagai perkhidmatan digital kepada rakyat.

Kelebihan Membina Borang dengan BORANG

BORANG membolehkan pembinaan borang dilakukan dengan mudah, murah dan cepat. Pelbagai borang yang kompleks boleh dibina oleh semua penjawat awam. Fungsi drag & drop membolehkan staf bukan teknikal membina borang yang memenuhi spesifikasi perkhidmatan yang sentiasa berubah mengikut keperluan semasa.

Selain boleh membina borang dengan mudah, BORANG juga membolehkan proses aliran kerja dibina secara langsung. Proses aliran kerja untuk perkhidmatan semua organisasi kerajaan boleh terus dipadankan dengan fleksibel pada borang yang telah dibina. Proses aliran kerja ini membolehkan sebarang kelulusan pada semua permohonan rakyat boleh dilakukan. Proses-proses aliran kerja boleh dibina mengikut pelbagai kriteria yang telah ditetapkan. Penjawat awam akan mendapat notifikasi setiap kali permohonan baru diterima.

Setelah permohonan diterima, laporan analisa semua permohonan boleh dilakukan secara terus dengan BORANG. Laporan analisia data serahan untuk setiap borang dan proses yang dihasilkan boleh dilihat dengan mudah dengan masa nyata dalam satu papan pemuka yang ringkas dan mudah difahami. Malah penjawat awam sendiri boleh menetapkan laporan yang dikehendaki.

Ciri-ciri Utama BORANG

Selain kelebihan membina perkhidmatan kerajaan berpaksikan rakyat menggunakan BORANG seperti yang dinyatakan di atas, berikut adalah ciri-ciri utama BORANG, platform GaaP pertama di Asia Tenggara.

Patuh Kriteria MAMPU
BORANG tersedia mematuhi semua kriteria-kriteria Government Online Services yang telah ditetapkan oleh MAMPU

Sekuriti Tinggi
Sekuriti data anda berikan jaminan keutamaan tertinggi. Infrastuktur tersedia mematuhi Pematuhan PCI DSS turut dilengkapi enkripsi SSL dan perlindungan serangan DDoS.

Pelayar Cloud atau di Premis
Borang anda disimpan di pelayar cloud yang mempunyai 99.9% uptime. Ia mempunyai banyak redundansi, berkeselamatan & ketersediaan tinggi. Borang anda juga boleh disimpan di mana-mana server di premis kerajaan atau di PDSA MAMPU.

Kemas dan Teratur
Borang anda panjang? Pisahkan borang anda kepada beberapa bahagian mengikut langkah-langkah yang sesuai. Borang anda akan menjadi lebih kemas.

Fungsi Drag & Drop
Hasilkan borang sepantas dengan pantas menggunakan fungsi drag & drop. Anda tidak perlu tahu koding untuk membina borang, proses malah satu sistem yang lengkap.

Notifikasi E-mel
Anda boleh menetapkan e-mel notifikasi dihantar setiap kali serahan diterima dari pengguna. Notifikasi juga boleh dihantar untuk tujuan pengesahan atau ulasan.

Proses Aliran Kerja
Proses aliran kerja boleh ditetapkan pada borang anda samada ia untuk tujuan rujukan, ulasan atau kelulusan. Staf juga boleh mengurus tugasan kerja dengan mudah.

Statistik & Analisa
Anda boleh memantau setiap serahan anda dengan statistik dan analisa data yang tersedia. Malah laporan ini boleh diolah secara dinamik mengikut keperluan anda.

Pengurusan Peranan
Peranan dinamik boleh dibina mengikut struktur organisasi dan proses kerja. Akses khusus dan paparan tersendiri boleh diberikan mengikut peranan.

Integrasi Laman
Semua borang yang sudah siap dihasilkan boleh boleh terus diintegrasikan di mana-mana laman sedia ada termasuk WordPress, Drupal, Joomla, atau CMS lain.

Eksport Data
Data-data serahan yang diterima boleh dieksport dengan mudah ke pelbagai format seperti Excel & CSV. Eksport ke pangkalan data lain juga boleh dilakukan secara automatik

Paparan Responsif
Sama ada borang anda di akses di desktop, telefon atau mana-mana peranti, paparan borang akan tetap kelihatan kemas, cantik dan mesra pengguna.

Untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana organisasi anda boleh membina sebarang perkhidmatan dengan menggunakan BORANG, sila sertai webinar kami atau terus berhubung dengan kami.

Related posts
Borang

Menguruskan penyerahan borang menggunakan sistem pengurusan BORANG dengan mudah

Borang

Membangunkan Aplikasi Atas Talian Dengan Mudah Menggunakan Pembina BORANG

Borang

Kaedah Mengurus Borang Atas Talian Menggunakan BORANG

Borang

BORANG Memenangi MYHackathon 2020

Dapatkan berita terbaru terus ke e-mel anda