
Pada akhir tahun ini, jumlah rakyat (‘Digital Natives’) digital di Asia Tenggara dijangka mencapai 310 juta. Pada masa ini, Malaysia adalah negara dengan populasi pengguna digital terbesar di Asia Tenggara dengan 83%.
Kajian bersama dari Bain & Company (perunding pengurusan global) dan Facebook berjudul ‘Digital Consumers of Tomorrow, Here Today’ dilaporkan meninjau pengguna dalam talian di Asia Tenggara untuk mengkaji amalan dalam talian mereka. Salah satu penemuan menarik adalah tentang bagaimana situasi semasa tahun 2020 secara tidak sengaja mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital Asia Tenggara.
Asia Tenggara pada awalnya dijangka mencapai 310 juta pengguna digital pada akhir 2025, sepertimana dinyatakan dalam laporan pengguna digital 2019 terdahulu oleh BAIN dan Facebook, ‘Riding the Digital Wave’. Sebaliknya, kesan pandemik telah menyebabkan amalan dalam talian di rantau ini jauh melebihi ramalan awal, dengan apa yang diramal dicapai pada lima tahun akan datang akan dicapai pada akhir tahun ini.
Buat pertama kalinya, ini akan meletakkan penembusan dalam talian keseluruhan pengguna Asia Tenggara di hadapan India. Lebih menakjubkan lagi, tujuh daripada setiap 10 pengguna (atau 70%) di Asia Tenggara yang berumur 15 tahun ke atas telah melakukan transaksi digital.
Dari kumpulan umur pengguna dalam talian berusia 15 tahun ke atas, Malaysia mempunyai peratusan pengguna digital tertinggi bagi satu-satu negara, dengan 83% telah melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi dalam talian sepanjang tahun ini.
Selain itu, penjarakan sosial dan pembatasan lain yang menghalang hubungan fizikal pada tahun 2020 telah memberi kesan tambahan, dengan lonjakkan 48% pengguna di Malaysia untuk menjadi pembeli digital buat pertama kalinya. Ini mendorong Malaysia menjadi negara dengan penembusan digital tertinggi di Asia Tenggara.
Di Malaysia sahaja, dijangkakan kira-kira 4 juta pengguna digital baru pada tahun 2020. Malah, transaksi digital bukan hanya salah satu daripada pelbagai saluran sedia ada, ia adalah saluran utama buat mereka. Adalah penting bagi organisasi untuk berhubung dengan pengguna secara terus dan meniru interaksi peribadi mereka melalui platform media sosial bagi mendorong kesetiaan pengguna.
Gwendolyn Lim, salah seorang rakan kongsi Bain & Company menyatakan bahawa tingkah laku penggunaan digital di Asia Tenggara yang berkembang pesat dengan cepat, dengan transaksi dalam talian kini dijangka meningkat tiga kali ganda pada tahun 2025 menjadi hampir US$ 150 bilion.
Kebangkitan pengguna digital di Asia Tenggara telah dipercepat dengan kelajuan yang lebih pantas dan Malaysia adalah peneraju utama perkembangan ini. Untuk itu adalah penting bagi organisasi kerajaan di negara ini turut berkembang mengikut amalan-amalam yang biasa bagi rakyat. Untuk menjadikan kerajaan kita ‘Citizen Centric’, adalah penting bagi mengenali dan memenuhi kehendak ‘Rakyat Digital’ di negara ini.
Berita ini diterjemah dari petikan asal di Open Gov Asia.