Borang

Membangunkan Aplikasi Atas Talian Dengan Mudah Menggunakan Pembina BORANG

Membina Borang atas talian atau aplikasi atas talian untuk agensi anda sangat mudah menggunakan Sistem Pengurusan BORANG. Semudah Seret & Lepas (drag & drop). Berikut adalah cara membina Borang baru. Mulakan dengan ke arah menu dan memilih tab ‘Borang’, kemudian pilih ‘Urus Borang’.

Urus Borang

Kemudian anda akan dibawa ke Senarai Pengurusan Borang, Klik “Buat Borang Baru”. Anda juga boleh memilih sekiranya ada Templat yang telah dibina sebelum ini mengikut kesesuaian

Klik ‘Buat borang baru’

Seperti yang dapat dilihat ini adalah Pembina borang didalam ini dan sangat mudah digunakan. Drag & Drop atau Seret dan lepas sahaja semua bidang yang diperlukan borang anda. Terdapat pebagai medan borang yang ada tersedia seperti Tajuk, Paragraf, Teks, Ruang Teks, Nombor, Tarikh, E-mel, Pilihan Senarai, Checkboxes, Butang Radio, Scale, Tersembunyi, Muatnaik Fail, Snippet, Recaptcha, Page Break dan Butang Hantar. Seret dan lepas setiap medan borang mengikut keperluan anda. Setelah selesai anda boleh menyimpan Borang yang telah dibina. Dibutang simpan akan mengeluarkan dua pilihan iaitu simpan Borang atau simpan Borang sebagai Templat.

Pembina Borang

Selepas anda Klik “Simpan Borang”. Tetingkap baru akan muncul dengan 3 pilihan:

  1. OK. Saya masih mahu kemaskini borang ini
  2. Mari ke Tetapan Borang
  3. Selesai! Bawa saya kembali ke Pungurusan Borang
Pilihan selepas Simpan

Sekiranya masih ingin mengubah medan borang boleh pilihan 1. Pilihan 2 adalah bagi meneruskan tetapan Borang seperti tetapan notifikasi, pilihan pengesahan dan banyak lagi. Plihan terakhir adalah kembali ke Pengurusan Borang untuk mengurus borang atau membina borang baru.

Semua proses yang akan dibina didalam Sistem Pengurusan Borang adalah sangat mudah dan pantas. Anda dijemput untuk menyertai Webinar yang kami adakan setiap minggu untuk mengetahui cara sepenuhnya menggunakan sistem ini. Daftar segera bagi mendigitalkan agensi anda!

Related posts
Borang

Menguruskan penyerahan borang menggunakan sistem pengurusan BORANG dengan mudah

Borang

Kaedah Mengurus Borang Atas Talian Menggunakan BORANG

Borang

BORANG Memenangi MYHackathon 2020

Borang

Membina Borang Dengan Mudah

Dapatkan berita terbaru terus ke e-mel anda