
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Inisiatif digital kerajaan perlu dipertingkatkan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata usaha-usaha sedia ada seperti Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (GOS Gateway) boleh diperkukuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan inisiatif Identiti Digital Nasional.
GOS Gateway merupakan portal sehenti untuk menambah baik usaha menjalankan perniagaan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam. GOS Gateway juga membantu memudahkan transaksi antara pengguna akhir dengan Kerajaan. Ia dapat meningkatkan kepuasan pelanggan mengenai proses penyampaian perkhidmatan pemerintah, meningkatkan pengalaman dalam talian pengguna akhir dibandingkan dengan transaksi manual. Selain itu, agensi Kerajaan dapat menurunkan perbelanjaan operasi mereka.
Datuk Seri Mustapa berkata semasa webinar ‘Digitising Public Service Delivery’, di bawah rangka tindakan MyDigital, mereka menggariskan pelan untuk memacu transformasi digital bagi menyediakan perkhidmatan dalam talian bersepadu dan menyeluruh, memanfaatkan teknologi awan dan data terbuka serta menambah kemahiran penjawat awam. Ia merupakan kunci kepada kita untuk bergerak ke arah kerajaan digital.
Acara itu dianjurkan oleh Strategic Change Management Office, secara kerjasama dengan konglomerat telekomunikasi Axiata Group Bhd dan firma perundingan pengurusan Boston Consulting Group. Sementara itu, Pengerusi dan Pengasas Bersama firma perundingan Francis Maude Associates (FMA), Francis Maude berkata kepimpinan yang mantap, mandat dan keupayaan diperlukan untuk memacu perubahan dan transformasi digital dalam sesebuah kerajaan.
“Kepimpinan pusat perlu mempunyai mandat yang sewajarnya untuk dapat beroperasi, memberi inspirasi kepada rakyat dan mewujudkan muhibbah dalam kerajaan dan yang paling penting mempunyai keupayaan untuk berkata tidak dan mempunyai tahap autoriti teknikal dan keupayaan yang tinggi,” katanya pada webinar tersebut. Beliau juga berkata inovasi penting untuk melakukan kemajuan dan perubahan dan pembaharuan perkhidmatan awam adalah suatu yang sangat penting. Maude merupakan menteri kabinet United Kingdom dari 2010 hingga 2015.
Oleh hal demikian, kami sebagai sebuah syarikat teknologi maklumat amat faham akan kepentingan teknologi dalam memajukan serta memperbaharui perkhidmatan agar dapat memberi kepuasan kepada pengguna. Kami juga sentiasa sedia untuk berinovasi dari masa ke semasa supaya perkhidmatan kerajaan mendapat manfaat yang terbaik dari kami. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput anda untuk menghadiri webinar ‘Sistem Pengurusan BORANG‘ kerana kami akan berkongsi bagaimana membina perkhidmatan atas talian dengan lebih mudah, cepat dan jimat. Pendaftaran boleh dilakukan segera disini. Sama-sama kita ke arah negara yang maju.
Kredit gambar: BERNAMA.