Berita

Visi Malaysia untuk Perkhidmatan Digital Menyeluruh

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi MAMPU baru-baru ini bercakap mengenai visi transformasi digital Malaysia.

Peniaga-peniaga kecil seringkali perlu menutup kedai mereka dan hadir ke pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperbaharui lesen perniagaan mereka. Tetapi dengan perkhidmatan yang kini dalam talian, perniagaan kecil ini dapat menghabiskan lebih banyak masa untuk pada perniagaan mereka dari mengabiskan masa di pejabat kerajaan.

Bagi rakyat Malaysia, hampir 90 peratus perkhidmatan awam sudah berada dalam talian. Unit perkhidmatan digital di Pejabat Perdana Menteri sentiasa berusaha keras untuk menyusun strategi dan perlaksanaan bagi memastikan transaksi digital kepada rakyat berlangsung lancar dan tidak menyakitkan.

Menjelang akhir tahun 2020, Malaysia merancang untuk menjadikan 40 peratus perkhidmatan awamnya ‘end-to-end’, kata timbalan pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Ini adalah “perkhidmatan yang dari permohonan sehingga kelulusan dilakukan melalui dalam talian, dan pelanggan tidak perlu pergi ke agensi masing-masing untuk sebarang pengesahan”, kata Hanissull Jalis bt Md Yusof kepada GovInsider. Ini termasuk e-filing untuk pembayaran cukai, dan perkhidmatan dalam talian untuk aplikasi universiti dan kolej.

Kerajaan yang ‘Agile’

Bagaimana kerajaan membina perkhidmatan ini? Pertama, mereka bekerja dengan cara yang tangkas (‘agile’) – berkongsi data di seluruh agensi, bekerja dengan jabatan lain, dan mengembangkan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan awam.

Komuniti sumber terbuka menyediakan sumber yang besar bagi peralihan ke arah kerajaan yang tangkas, mewujudkan tulang belakang bagi MAMPU untuk merealisasikan visi transformasi digital mereka. “Sumber terbuka telah membantu kami mengaktifkan proses yang lebih tangkas dan mengembangkan lagi kemampuan Pejabat Sektor Awam sambil memastikan penggunaan sumber kami dengan berkesan,” kata YBrs. Dr. Suhazimah Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT), mengatakan tahun lalu.

Pada masa lalu, kerajaan menggunakan sistem proprietari tertutup yang dijalankan oleh vendor yang tidak menggunakan sumber terbuka. Lesen diperlukan untuk menggunakan kod dan ia tidak dapat disesuaikan dengan mudah tanpa bayaran lebih lanjut.

Ia menghalang pertumbuhan aplikasi dan menjadikan pembangunannya lebih mahal. “Sebelum ini, kami menggunakan tenaga sumber yang disediakan oleh pusat data kami bagi membina aplikasi di Virtual Machine tradisional. Tetapi pertumbuhan kami dikekang oleh ketersediaan dana dan kekurangan kakitangan dengan kemahiran Linux, middleware, dan cloud,” kata Hanissull.

Dengan peralihan kearah kerajaan yang tangkas, MAMPU dapat mengurangkan separuh masa yang biasanya dilakukan oleh pasukan untuk membangunkan aplikasi dan perkhidmatan modular, selamat, berskala, disokong oleh perisian sumber terbuka. “Saya, saya sendiri, bekerja sangat dekat dengan komuniti sumber terbuka. Kami membentuk satu komuniti sumber terbuka sektor awam di mana kami melakukan pembangunan itu,” jelas Hanissull.

Meningkatkan Kepercayaan

Hanissull juga berkongsi bagaimana Malaysia mahu menangani “masalah integriti dan kepercayaan adalah perkara yang harus kita awasi”. Kerajaan telah welancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030: “Tiga objektif utama adalah memastikan jurang pendapatan dan kekayaan rakyat dikecilkan; mewujudkan ekonomi yang lebih tersusun, progresif dan berasaskan pengetahuan; dan untuk menjadi Malaysia yang lebih hebat,” jelasnya.

Untuk mewujudkan visi ini, MAMPU akan mempromosikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, kestabilan kewangan, dan “data besar (‘big data’) yang komprehensif dan inklusif”. Kerajaan digital juga akan mendorong ekonomi digital pada tahun-tahun akan datang. “Dasar, kerangka undang-undang dan tadbir urus, memperkukuhkan kerajaan secara keseluruhan ke arah transformasi digital,” kata Hanissull.

Negara ini mempunyai hala-tuju yang jelas untuk menjadi hab data dan analitik yang besar di rantau ini. Malaysia juga ingin menghasilkan 2,000 saintis data dan 16,000 profesional data pada tahun 2020, lapor Disruptive Tech ASEAN. Pada masa yang sama, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang merangka kertas kerja tentang peluang AI dan data kepada kerajaan tahun ini, menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Langkah-langkah ini menunjukkan keinginan yang semakin meningkat di dalam kerajaan Malaysia bagi meningkatkan kepercayaan rakyat dan menuju ke arah kerajaan yang ‘Citizen Centric’.

Berita ini diterjemah dari petikan asal di GovInsider.

Related posts
Berita

Kerajaan Lancar Dasar 4IR Bagi Memacu Transformasi Sosioekonomi Dengan Teknologi Termaju

Berita

Semua Bayaran Perkhidmatan Kerajaan Dibuat Secara Tanpa Tunai Bermula 2022

Berita

Pusat Data Serantau Microsoft Bakal Wujud 19,000 Peluang Pekerjaan

Berita

Perkhidmatan Awan Dan Keselamatan Siber Bantu Kerajaan Perluaskan Perkhidmatan Pintar

Dapatkan berita terbaru terus ke e-mel anda